BeritaProgram

Ribuan banjiri Dataran Melang raikan Hari Malaysia Pakatan Harapan

KUALA PILAH: Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan Peringkat Kebangsaan 2022 di Dataran Melang dihadiri lebih 5,000 orang malam tadi.

Kemuncak sambutan ialah ucapan daripada Presiden KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, YB Loke Siew Fook; Presiden AMANAH, YB Mohamad Sabu; Presiden UPKO, Dato’ Seri Wilfred Madius Tangau dan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Turut berlangsung persembahan kebudayaan pelbagai kaum, artis dan deklamasi sajak.

Aminuddin berkata, selain daripada lebih 5,000 orang yang hadir secara fizikal, program berkenaan turut diikuti secara langsung oleh puluhan ribu orang melalui media sosial.

“Kuala Pilah telah dipilih sebagai lokasi sambutan bagi menunjukkan simbolik kemajuan yang telah dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di negeri ini.

“Dahulunya tidak terjaga dan sering dianaktirikan, kini Kuala Pilah mempunyai banyak pembangunan infrastruktur yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk tempatan dan juga pelancong.

“Ibarat permata yang lama tersimpan, kini Kuala Pilah dan juga Negeri Sembilan digilap dan bersinar untuk rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin dalam ucapan beliau.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button