Aktiviti

Pemimpin PH ganding bahu bantu mangsa banjir Rasah

RASAH: Pemimpin Pakatan Harapan Negeri Sembilan berganding bahu membantu mangsa banjir Kampung Dato’ Mansor.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun; Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin; ADUN Rahang, YB Mary Josephine; Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Saudara MK Ibrahim Abdul Rahman; ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren, ADUN Paroi, YB Dato’ Mohd Taufek Abdul Ghani antara pemimpin yang turun padang untuk meninjau keadaan dan membantu mangsa banjir.

Turut prihatin terhadap nasib mangsa banjir ialah isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof yang merupakan Yang DiPertua Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (BAKRIYAH) dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB. M.Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong; ADUN Repah, S,Veerapan dan ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon.

Mary berkata, pelbagai bantuan dihulurkan termasuk sumbangan kewangan, bekalan makanan, minuman, tilam, tikar, selimut, bantal dan lain-lain keperluan asas.

“Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Aminuddin dan barisan kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kerana turun padang ke Kampung Dato’ Mansor, Kampung Semarak, Kampung Bukit Chedang,Taman Mok Sum dan Taman Happy untuk meninjau keadaan dan membantu mangsa banjir.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri sentiasa berprihatin dan mengambil berat dengan masalah rakyat.

“Saya berharap mangsa banjir bersabar sementara menunggu proses bantuan seterusnya daripada pihak yang berkenaan,” jelas Mary.

Pelbagai agensi kerajaan yang berkenaan turut membantu mangsa banjir.

Kelmarin, Aminuddin mengumumkan Kerajaan Negeri akan membantu mangsa banjir dengan sewajarnya.

Dalam kejadian banjir akibat hujan lebat malam kelmarin, rumah penduduk dimasuki air dan merosakkan pelbagai harta benda penduduk kampung termasuk perabot, peralatan elektrik, katil, tilam dan kenderaan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button