Berita

Penantian 13 tahun berakhir

206 Pembeli Taman Perpaduan Height dapat pembelaan dari Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberi sebidang tanah kepada 206 pembeli rumah di Taman Perpaduan Heights, Kuala Pilah sebagai ganti ekoran masalah projek terbengkalai sejak tahun 2000.

Penyelesaian itu adalah melihat keadaan semasa di tapak sedia ada tidak lagi selamat untuk dipulihkan.

Pihak kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah berkeluasan 32.84 ekar di Mukim Ulu Muar, Kuala Pilah dengan keluasan bagi setiap lot dianggarkan antara 3,000 hingga 5,000 kaki persegi sebidang tanah untuk didirikan rumah.

Pembeli boleh membangunkan rumah ikut keperluan masing-masing atau berurusan terus dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi pembangunan Rumah Mesra Rakyat.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button