Berita

Penantian 20 tahun pembinaan pondok menunggu bas berakhir

JERAM PADANG: Penantian penduduk Ladang Jeram Padang yang mahukan sebuah pondok menunggu bas kini sudah berakhir, kata Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

“Hampir 20 tahun penduduk Ladang Jeram Padang meminta kemudahan pondok menunggu bas apabila mahu menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pergi ke bandar Bahau.

“Permasalahan rakyat setempat amat saya dititikberatkan.

“Justeru, pejabat saya dengan kerjasama penduduk tempatan telah menyegerakan pembinaan sebuah pondok bas secara bergotong-royong di simpang masuk Ladang Jeram Padang.

“Semoga dengan adanya kemudahan ini, ianya dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk Ladang Jeram Padang,” kata Musliadi selepas melawat pondok menunggu bas ini.

Turut bersama Penyelaras DUN Senaling, Tuan Abdul Malek; Pembantu Pengurus Ladang Jeram Padang, Encik Chua; Pengerusi MPKK Pekan Jelai, Encik Raja dan Pengerusi MPKK Kampung Temeris, Encik Zahari.

Show More

Related Articles

Back to top button