Berita

Penantian hampir 5 tahun untuk bekalan elektrik berakhir

JERAM PADANG: Penantian hampir lima tahun keluarga Puan Rohaizan Kamarudin di Felda Palong 2 untuk mendapatkan bekalan elektrik di kediamannya kini sudah berakhir.

Susulan permohonan di Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang dua bulan lepas, penyelarasnya Tuan Musliadi Sabtu telah memanjangkan permohonan kepada pihak TNB.

“Kediaman Rohaizan terletak di belakang rumah ibunya dan selama ini beliau menyambung bekalan elektrik dari rumah ibunya.

“Saya berharap dengan bekalan elektrik yang sempurna ini, memberi keselesaan dan kemudahan asas kepada Rohaizan dan keluarganya,” kata Musliadi.

Sementara itu dalam satu majlis di Sekolah Menengah Felda Palong 2, Musliadi menyerahkan sumbangan 2 unit katil lengkap dengan tilam dan bantal untuk kegunaan pelajar di Bilik Kesihatan sekolah tersebut.

Sumbangan diterima oleh pengetua sekolah, Puan Zainab dan Pengerusi PIBG, Puan Rahimah.

“Memandangkan sebelum ini tiada kemudahan tersebut di Bilik Kesihatan sekolah tersebut, saya menyumbang 2 unit katil ini, sekiranya ada pelajar yang kurang sihat dan perlu rehat atau mendapatkan rawatan kecemasan,” jelas Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button