Kolumnis

Pencapaian Aminuddin dan Kerajaan PH Negeri Sembilan luar biasa

FAIZ ABDULLAH

12 MEI 2020

SIRI 1

ANALISA: Hari ini genap dua tahun YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengambil sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selepas membentuk Kerajaan Negeri yang baru, sudah tentu rakyat yang memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan mengharapkan sesuatu yang baru dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Asas utama rakyat mengukur sesebuah pentadbiran kerajaan sudah tentu berdasarkan janji manifesto sesebuah gabungan parti politik ketika kempen pilihan raya.

Uniknya Pakatan Harapan Negeri Sembilan mempunyai manifestonya sendiri dan apa yang dinamakan sebagai Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan ketika kempen PRU-14.

Selepas mencapai kemenangan bersejarah pada 9 Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan tidak menoleh ke belakang, malah jauh ke hadapan dalam menunaikan janji manifesto PRU-14.

Sebenarnya Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Aminuddin telah melaksana lebih 70 peratus Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam tempoh kurang dua tahun.

Ini pencapaian sungguh luar biasa mengambil kira ini lah kali pertama Dato’ Seri Aminuddin bersama 19 ADUN Pakatan Harapan yang lain menjadi wakil rakyat kerajaan pemerintah (ruling government).

Kesungguhan, dedikasi dan komitmen Dato’ Seri Aminuddin bersama Exco Kerajaan Negeri, ADUN PH, pegawai kanan Kerajaan Negeri dan penjawat awam; berjaya membuahkan hasil apabila mencapai pelbagai kejayaan dalam tempoh dua tahun ini.

Senarai pencapaian Dato’ Seri Aminuddin dan pasukannya terlalu panjang. Penulis menyenaraikan sebahagian daripada pencapaian tersebut berdasarkan Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan:

  • Pengisytiharan harta YAB Menteri Besar dan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan pada 18 Julai 2018.
  • Jumlah pelaburan tahun 2019 sebanyak RM3.68 bilion dan tahun 2018 sebanyak RM2.86 bilion berbanding RM1.41 bilion pada tahun 2017.
  • Peluang pekerjaan tahun 2019 sebanyak 3,334 dan tahun 2018 sebanyak 3,372 berbanding 2,392 pada tahun 2017.
  • Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) – Geran RM3, 000/individu untuk melahirkan dan memajukan perniagaan usahawan kecil. Jumlah peruntukkan setakat ini RM8 juta.
  • Elaun Guru KAFA juga telah dinaikkan daripada RM900 sebulan menjadi RM950 sebulan untuk 1,500 Guru KAFA yang membabitkan peruntukkan RM1.15 juta.
  • Elaun Bilal daripada RM200 dinaikkan kepada RM500.
  • Elaun Siak daripada RM200 dinaikkan kepada RM450.
  • Elaun Pembantu Am Wanita daripada RM150 dinaikkan kepada RM400.
  • Keseluruhan pelaksanaan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM2.84 juta
  • Pendemokrasian pelantikan Pengerusi dan AJK Masjid seluruh Negeri Sembilan.
  • Portfolio Exco Hal Ehwal Bukan Islam telah diwujudkan.
  • Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Untuk Urusan Pentadbiran Rumah-rumah Ibadat Bukan Islam Telah Mula Pada Julai 2018.
  • Mewujudkan Akaun Amanah Hal Ehwal Bukan Islam Yang Berjumlah RM 1.5 Juta.
  • Tiada kenaikan cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun
  • Peruntukkan RM3.0 juta untuk Pusat Tahfiz Swasta, SJKC, SJKT dan Sekolah Swasta.
  • Bantuan tambang bas bulanan sebanyak RM50 setiap murid dari keluarga berpendapatan rendah.
  • Insentif Kecemerlangan IPT: Ijazah Sarjana Muda RM1,000, Diploma RM750.00, Sijil RM500.00.
  • Bantuan one-off Ibu Tunggal – Care For You (C4U) Ibu Tunggal – RM200 seorang setahun.
  • Program PH GEM – untuk memperkasakan golongan wanita agar boleh berdikari, menjana pendapatan dan asah ketokohan kepimpinan.
  • Memperkasakan Institusi Hal Ehwal Adat Perpatih dengan memberi peruntukan permulaan RM500,000 pada tahun 2019 dan tambahan RM500,000 pada tahun 2020.
  • Elaun pemakanan Dato’-Dato’ Adat telah dinaikkan sebanyak 20% sebulan bermula Januari 2019.
  • Perkhidmatan Bas Percuma Bandar Seremban 2019 “Khidmat Rakyat Negeri Sembilan”.

Dalam Siri Kedua, penulis akan mengulas pelbagai lagi pencapaian Dato’ Seri Aminuddin dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dicapai dalam konteks di luar Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PRU-14).

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button