Program

Pendaftaran Vaksin Covid-19 oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Kepayang

  1. Sehingga kini, ramai yang masih tidak mengetahui proses pendaftaran suntikan vaksin Covid-19, terutamanya warga tua. Kebanyakan warga tua juga tidak mempunyai peranti untuk mendaftarkan nama dan mereka berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan tersebut.
  2. Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata sehingga kini hanya seramai 228, 275 orang (26%) rakyat Negeri Sembilan telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19.
  3. Kerajaan Negeri berharap agar lebih ramai anggota masyarakat dapat mendaftar yang akan memudahkan proses pengagihan vaksin kelak.
  4. Sebagai wakil rakyat, saya komited untuk menggalakkan orang ramai mendaftar untuk terima suntikan vaksin dan saya bersedia untuk menjawab persoalan yang sedia ada.
  5. Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang akan menganjurkan program pendaftaran vaksin di sembilan lokasi di sekitar Seremban.
  6. Antaranya 25 Mac 2021 (6 petang-8 malam) Pasar Malam Galena; 26 Mac 2021 (10 pagi-12 tengahari) Bazaar Lee Sam; 29 Mac 2021 (5:30 petang-7:30 malam) Dataran Centrio S2; 30 Mac 2021 (6 petang-8 malam) Pasar Malam S2; 31 Mac 2021 (8 malam-10 malam) Benteng Walk; 2 April 2021 (12:30 tengahari-2:30 petang) Kompleks Lee Sam; 3 April 2021 (8 pagi-10 pagi) Pasar Pagi S2 City Park; 3 April 2021 (8 malam-10 malam) Sungei Ujong Walk dan 4 April 2021 (8 pagi-10 pagi) Pasar Warisan.
  7. Memandangkan ramai orang yang memerlukan perkhidmatan penukaran alamat mengundi dan pendaftaran baru sebagai pengundi, saya juga telah aturkan dengan pihak SPR supaya orang ramai boleh melakukan proses penukaran alamat mengundi dan pendafatran baru sebagai pengundi di lokasi yang sama
  8. Program ini dapat menjimatkan masa. Sementara mendaftar untuk vaksin, mereka dapat semak kawasan mengundi juga.
  9. Saya juga telah berbincang dengan pengerusi taman di kawasan jagaan untuk aturkan program sebegini supaya dapat memperluaskan kawasan dan memastikan majoriti penduduk untuk pendaftaran vaksin dapat dicapai.
  10. Pasukan PH GEM juga akan turun padang untuk memperkenalkan program pemerkasaan wanita. Program-program yang dianjurkan oleh PH GEM amatlah bermanfaat.
  11. Untuk memastikan kes harian dapat berkurang dan sektor ekonomi pulih seperti biasa, setiap orang memainkan peranan yang penting dan antaranya pendaftaran vaksin.
  12. Kita memainkan peranan yang penting untuk sebarkan maklumat yang betul. Saya berharap rakyat dapat bersatu dan tunaikan tanggungjawab masing-masing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Sekian, terima kasih

YB Puan Nicole Tan Lee Koon
Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga
ADUN Bukit Kepayang

Show More

Related Articles

Back to top button