Berita

Pendaftaran vaksinasi penduduk Negeri Sembilan 18 tahun ke atas capai 100%

BUKIT KEPAYANG: Pendaftaran vaksinasi bagi penduduk berumur 18 tahun ke atas di Negeri Sembilan telah mencapai 100 peratus,’ kata Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

“Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan kerana pendaftaran vaksinasi bagi penduduk berusia 18 tahun ke atas telah mencapai 100 peratus atau 815,980 orang.

“Maka fokus kita sekarang adalah untuk vaksinasikan semua yang telah berdaftar.

“Berdasarkan statistik harian, lebih kurang satu peratus daripada penduduk Negeri Sembilan berjaya divaksinasikan setiap hari.

“Maka kita boleh buat jangkaan bahawa semua penduduk berumur 18 tahun ke atas dapat divaksinasikan dalam masa tiga bulan,” kata Nicole.

Nicole merakamkan penghargaan kepada semua PPV terutamanya PPV awam yang dibuka setiap hari.

“Jangan lupa PPV USIM, PPV UiTM Rembau dan PPV Hospital Mawar yang buka pada hari cuti umum.

“Semoga semua usaha ini akan membantu Negeri Sembilan mencapai immunisasi kelompok dalam masa yang terdekat,” ujar Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button