Program

Pendakian Merdeka 2020 Bukit Batu Sawa, Jelebu

Seramai 103 peserta akan mendaki bersama Bakri

KLAWANG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang akan menganjurkan Program Pendakian Merdeka 2020 bersama ADUN Klawang, YB Bakri Sawir pada 15 Ogos ini bermula jam 7.00 pagi.

Ketua Program, Encik Norazizi Abdul Aziz berkata, seramai 103 peserta orang awam dan 40 kakitangan Jabatan Hutan Daerah Jelebu, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Pejabat Daerah Jelebu, Jabatan Bomba Daerah Jelebu dan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jelebu akan menyertai aktiviti ini.

“Di samping menyambut Hari Kemerdekaan 2020, aktiviti ini dianjurkan bagi mempromosi gaya hidup sihat di kalangan masyarakat terutama penduduk kawasan Jelebu amnya dan Kuala Klawang khasnya.

“Program ini juga dianjur untuk memberitahu rakyat bahawa Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang tidak hanya mengendalikan masalah rakyat tetapi secara tidak langsung dapat mendekatkan rakyat dengan Pusat Khidmat,” kata Norazizi yang juga merupakan Pegawai Khas kepada ADUN Klawang.

 

Show More

Related Articles

Back to top button