Berita

Pendidikan seimbang lahirkan individu cemerlang: RAFIE

SEREMBAN: Pendidikan yang seimbang dapat melahirkan individu cemerlang,” kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek.

“Hal ini kerana kecemerlangan pendidikan akan menyerlahkan keperibadian yang mulia dan membawa kepada pembangunan tamadun bangsa.

“Sebagai contoh, terdapat tokoh sejarah yang berjaya menumbangkan Empayar Byzantine dan menjatuhkan Kota Konstantinople iaitu Muhammad Al Fateh.

“Seorang individu yang menguasai ilmu matematik, sains dan menguasai enam bahasa.

“Ini sekaligus membuktikan pendidikan yang kukuh berjaya dan seimbang dapat melahirkan insan yang cemerlang,” kata Mohamad Rafie.

Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Kualiti 2022 Unit Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button