Berita

Saya yakin dengan Tok Jalal: AMINUDDIN

LINGGI: Berikutan khabar angin yang mengatakan terdapat Langkah Seremban yang sedang berjalan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Sembilan yang sedang stabil kini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, beliau tidak mendengar sebarang usaha atau mengetahuinya.

“Saya yakin dengan Tok Jalal.

“Itu semua hanyalah khabar angin sahaja,” kata beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias (Tok Jalal) turut menyangkal terdapat usaha menjatuhkan kerajaan itu.

“Jika langkah itu ada saya tidak akan berdiri sebelah beliau sekarang.

“Itu semua hanyalah khabar angin sahaja,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button