
CHUAH: Penduduk Kampung Bakar Arang, Chuah kini boleh menarik nafas lega, apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, YB Michael Yek Diew Ching telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan dan memperbaiki tempat pembuangan sampah di jalan perumahan nelayan di kampung tersebut.
“Saya telah mengambil inisiatif menjalankan projek pelebaran jalan dan membaiki tapak pembuangan sampah ini dengan menggunakan peruntukkan DUN Chuah.
“Melalui usaha ini adalah diharapkan ianya dapat memberi keselesaan dan juga keselamatan kepada penduduk di Kampung Bakar Arang.
“Saya akan terus mempertingkatkan usaha membantu dan menjaga kebajikan penduduk Chuah dari masa ke semasa,” kata Michael Yek.
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera