Aktiviti

Penduduk Ladang Sungai Kelamah dikuarantin dapat perhatian Arul Kumar

GEMAS: Exco Perladangan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar telah mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 25 keluarga di Ladang Sungai Kelamah.

“Bantuan bakul makanan ini diagihkan kepada 25 keluarga di ladang ini yang terpaksa dikuarantin akibat Covid-19.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang terpaksa duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar bekerja sepanjang tempoh kuarantin,” kata Arul Kumar.

Turut hadir sama, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Ahli Majlis Daerah Tampin, Encik Suresh Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button