Aktiviti

Penduduk Rumah Pangsa Lobak disantuni Wan Hasni

Bersama YB Chew turut menyumbang barangan keperluan dapur

LOBAK: Golongan B40 di Rumah Pangsa PPR Lobak yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak Covid-19, mendapat perhatian Yang DiPertua BAKRIYAH, Datin Seri Hajah Wan Hasni Wan Yusof dan ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong.

Wan Hasni dan Chew menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 100 keluarga di rumah pangsa tersebut.

Turut hadir Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Encik Mas Midyawan Yahya.

Wan Hasni juga berkesempatan menziarahi empat orang asnaf yang mengalami masalah kesihatan dan kurang upaya.

Wan Hasmi tidak menolak hasrat seorang wanita Tionghua yang cacat penglihatan yang mahu menyentuh Wan Hasni.

Wan Hasni turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keempat- empat asnaf tersebut.

“Kerajaan Negeri sememangnya memberi perhatian yang sewajarnya dalam soal kebajikan golongan B40, asnaf atau yang kurang berkemampuan.

“Saya mendoakan agar mereka cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan segala urusan,” kata Wan Hasni.

Terlebih dahulu Wan Hasni merasmikan ‘tangga pelangi’ di kawasan perumahan rumah pangsa tersebut.

Chew mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri di atas kesudian hadir ke program yang diatur Pusat Khidmat Rakyat DUN Lobak.

“Saya berharap sumbangan yang hulurkan pada hari ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang terkesan dengan PKP Covid-19,” ujar Chew.

 

Show More

Related Articles

Back to top button