Berita

Penghulu diseru tangani permasalahan rakyat dengan segera

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru penghulu agar memastikan setiap aduan dan permasalahan rakyat di negeri ini dikesan dan ditangani dengan segera.

“Penghulu harus mengambil tahu segala permasalahan termasuk sosial, adat, budaya mahupun agama serta menyampaikan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Berikan perkhidmatan yang terbaik, lakukan anjakan paradigma dan laksanakan perubahan di dalam mukim masing-masing serta urus harapan rakyat dengan baik,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam Perjumpaan Khas Penghulu Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Kediaman Rasmi, yang diadakan secara maya.

Aminuddin berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan isu-isu semasa yang diketengahkan oleh para penghulu dari mukim masing-masing.

“Untuk makluman, lantikan terakhir bagi penghulu adalah pada tahun 2009 yang lalu dan kebanyakan penghulu telah tamat tempoh lantikan mereka.

“Perkara tersebut menyebabkan banyak mukim tidak mempunyai penghulu yang mengurangkan keberkesanan jentera Kerajaan Negeri dalam menyampaikan maklumat inisiatif dan insentif kepada rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button