Aktiviti

Pengusaha cendawan berkelompok dapat perhatian Abd Latif

20 pelajar IPT terima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan

GEMENCHEH: Seorang pengusaha cendawan berkelompok di Felda Sungai Kelamah di sini mendapat perhatian daripada Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A Tambi.

Abd Latif menyumbang sebuah mesin bancuhan (mixer) kepada Haliza Othman.

“Saya berharap sumbangan mesin ini mampu membantu menghasilkan dengan lebih banyak bongkah cendawan berbanding sebelum ini seterusnya mampu mengeluarkan lebih banyak cendawan pada masa akan datang.

“Mengusahakan tanaman cendawan dapat membantu sektor pertanian secara amnya dan menambah pendapatan pengusaha cendawan ini khususnya.

“Mempelbagaikan produk berasaskan cendawan juga mampu menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan pada masa akan datang,” kata Abd Latif.

Abd Latif berkata, selain itu, diharapkan juga ianya mampu menarik minat penduduk terutamanya di kalangan belia setempat untuk menceburi bidang pertanian dan juga peniagaan.

20 pelajar IPT terima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan

Seramai 20 pelajar Institut Pengajian Tinggi dari seluruh negara yang berasal dari DUN Gemencheh telah menerima sumbangan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Negeri Sembilan di Balai Raya Kampung Tengah, Gemencheh.

Sumbangan cek bernilai RM1,200 yang disumbangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan itu telah diserahkan oleh Abd Latif kepada 20 pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button