Berita

Pengusaha tanaman cili bara dapat bantuan Shahran

SERI MENANTI: Pengusaha tanaman cili bara, Encik Shahriman A.Wahab di Kampung Gedang, Terachi mendapat perhatian Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Shahran berkata, beliau telah meninjau projek tanaman cili bara Encik Shariman.

“Saya mendapati Encik Shahriman begitu komited dengan hasil tanamannya dan ingin meluaskan lagi projek tanamannya, memandangkan permintaan pasaran cili bara agak tinggi.

“Justeru, saya telah menghulurkan bantuan kewangan RM1,000 kepada beliau yang boleh digunakan untuk membeli baja dan peralatan yang berkaitan.

“Saya juga akan membantu beliau dengan menyokong permohonan bantuan kewangan untuk meluaskan projek tanamannya. Permohonan tersebut akan dihantar kepada Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Bakri Sawir,” kata Shahran.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Gedang, Encik Azhar Abd Rahman; Pengerusi MPKK Kampung Talang Tengah, Encik Azman Abd Malik Chiew dan Pengerusi MPKK Kampung Merual, Encik Megat Abdul.

Show More

Related Articles

Back to top button