Berita

Pengusaha tanaman cili terima peralatan pertanian dari Bakri

KUALA KLAWANG: Dalam usaha membantu petani dan usahawan tani menjalankan aktiviti dan perniagaan tanaman pertanian, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dan peralatan pertanian kepada seorang pengusaha Tanaman Cili Fertigasi, Encik Zaini Zakaria, di Felda Titi, Jelebu.

“Sumbangan seperti ini adalah bagi memastikan setiap petani dan usahawan yang berpotensi dapat meneruskan usaha bagi memajukan tanah mereka.

“Ini juga bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melaksanakan mandat yang diberi bagi membantu rakyat yang memerlukan,” ujar Bakri yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close