Berita

Peniaga kecil OKU terima sumbangan dapur gas ‘Takoyaki’

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyumbang sebuah dapur gas ‘Takoyaki’ kepada seorang peniaga kecil yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) di Gemencheh.

“Encik Zulkanain Bidol, 45, mengalami lumpuh sebelah badan sejak beberapa tahun lalu dan mempunyai enam orang anak yang masih bersekolah lagi.

“Semoga dengan sumbangan ini ianya dapat menaikkan semangat beliau untuk terus menjalankan perniagaan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.

“Beliau menjual makanan Takoyaki di hadapan Maybank Pekan Gemencheh, dibantu isteri dan anak-anaknya.

“Sama-sama kita mendoakan agar perniagaan beliau maju dan mendapat sambutan,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button