Aktiviti
Peniaga terima sumbangan barangan niaga dari Musliadi


JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah memberi sumbangan lapan unit kerusi serta dua unit meja niaga kepada Puan Mariamma Periasamy.
Musliadi berkata, sumbangan tersebut bagi membantu Puan Mariamma menjalankan perniagaan menjual makanan.
“Puan Mariamma telah berjumpa dengan saya dengan menyatakan hasrat beliau ingin memiliki kerusi serta meja berniaga.
“Beliau berniaga berhampiran kedai runcit Speedmart Taman Melor.
“Semoga dengan sumbangan ini, Puan Mariamma bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan perniagaannya,” kata Musliadi.