Berita

Penjawat awam Negeri Sembilan dihargai Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menghargai dan memudahkan urusan kerja warga perkhidmatan awam di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan dunia hari ini amat tidak menentu, dipenuhi cabaran dan menuntut penjawat awam menjalankan amanah dengan efisien.

“Antara cabaran yang akan dihadapi oleh perkhidmatan awam termasuklah isu ketidakstabilan ekonomi global, penduduk menua (ageing society), penularan wabak pandemik, perubahan demografi, ancaman perubahan iklim, dan sebagainya.

“Justeru, penjawat awam di Negeri Sembilan bukan sahaja perlu cemerlang tetapi bersiap siaga dengan ketahanan diri secara pemikiran, sikap dan emosi bagi berhadapan dengan ketidaktentuan ini agar manfaat kepada rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Aminuddin berkata, sebagai respons kepada keadaan ini, sejak tahun 2018 Kerajaan Negeri telah menghargai penjawat awam di Negeri Sembilan melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK), pembinaan Rumah Penjawat Awam, skim pinjaman pembelian kenderaan dan komputer tanpa faedah serta penyediaan van kaunter kutipan cukai bergerak bagi memudahkan masyarakat terutama di kawasan luar bandar dapat berhubung dengan penjawat awam.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2018, Kerajaan Negeri tidak lupa menghargai penjawat awam melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) seperti berikut :

i. Belanjawan 2019 – sebulan gaji atau minimum dua ribu ringgit (RM2,000);

ii. Belanjawan 2020 – juga sebulan gaji atau minimum dua ribu ringgit (RM2,000);

iii. Belanjawan 2021 dan 2022 – setengah bulan gaji atau minimum seribu ringgit (RM1,000);

iv. Belanjawan 2023 – satu bulan setengah gaji atau minimum dua ribu lima ratus ringgit (RM2,500).

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2022 di D’Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan.

Show More

Related Articles

Back to top button