Berita

Kerajaan Negeri peroleh pendapatan lebih RM500 juta

AMPANGAN: Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berjaya peroleh pendapatan melebihi RM500 juta untuk tahun lalu iaitu sebanyak RM521.15 juta.

“Ini merupakan kali kedua Kerajaan Negeri memperolehi pendapatan melebihi RM500 juta.

“Rekod tertinggi yang telah dicapai sebelum ini adalah sebanyak RM556.44 juta pada tahun 2019.

“Hasil peningkatan pendapatan negeri ini dilaburkan semula kepada rakyat di negeri ini.

“Justeru itu, kita melihat pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan seperti Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah, Bantuan Sara Hidup Mahasiswa dan pelbagai lagi,” kata Mohamad Rafie yang juga merupakan ADUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata demikian di Majlis Ramah Mesra KRT Taman Bukti.

Show More

Related Articles

Back to top button