Berita

Penyelaras DUN Palong bantu mangsa banjir Linggi

LINGGI: Sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Palong telah turun padang ke DUN Linggi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk.

Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata, pihaknya dapat melihat dan merasai kesulitan yang dilalui oleh penduduk di sekitar Taman Linggi Maju yang mana banyak barangan perkakas rumah musnah akibat banjir.

“Kami telah pun selesai membersihkan Dewan Orang Ramai Linggi yang terkesan akibat banjir lumpur.

“Manakala barangan makanan dan pakaian yang dibawa dari Palong telah pun diserahkan kepada Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah

“Terima kasihkepada semua dermawan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir,” kata Rebin.

Sementara itu, Rusli mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Palong yang membantu pihaknya dalam operasi pembersihan banjir di DUN Linggi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button