Berita

Penyelaras DUN Seri Menanti dan MPKK bincang permasalahan rakyat

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Pengerusi-Pengerusi MPKK DUN Seri Menanti untuk membincangkan pelbagai permasalahan rakyat.

Menurut Shahran mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua 30 pengerusi MPKK DUN Seri Menanti di Balairaya Muhibbah Tanjong Ipoh.

“Apa jua program yang dianjurkan, kerjasama yang diberikan amat baik dan membanggakan.

“Mesyuarat ini juga membincangkan tentang permohonan permasalahan rakyat yang sudah dijalankan, sedang berjalan dan yang belum dijalankan.

“Laporan dari setiap pengerusi MPKK perlu dikemaskini supaya kerja-kerja pembangunan seiring dengan pembangunan yang lain,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button