Berita

Penyelesaian tapak penjaja di Senawang menampakkan tanda positif

Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk penempatan penjaja

PAROI: Dalam usaha mengurus peniaga dan penjaja di kawasan Senawang dengan lebih sistematik, satu sesi pertemuan telah diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, YB Dato’ Mohd Taufek Abdul Ghani bersama penjaja di Senawang. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Setiusaha Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Mas Midyawan Yahya.

“Hasil perbincangan telah menampakkan hasil yang positif di mana penjaja yang hadir telah memberikan kerjasama yang baik dan berhemah.

“Beberapa kawasan penempatan penjaja yang telah dikenal pasti akan dipertimbangkan dengan kadar segera.

“Antara lokasi yang dilawati dalam usaha mengenal pasti tempat penempatan penjaja ialah di Taman Teratai, Taman Kobena, Taman Widuri, Taman Senawang Indah dan Taman Jasmin,” kata Mohd Taufek.

Perbincangan dengan peniaga dan penjaja menampakkan tanda positif. (Dari Kanan) Mas Midyawan dan Dato’ Mohd Taufek

Mohd Taufek turut melahirkan keperihatinan dan simpati beliau terhadap golongan penjaja yang sudah tiga bulan tidak dapat berniaga, kesan daripada perlaksanaan PKP dan PKPB dan berjanji akan menyelesaikan kemelut ini dengan segera agar semua peniaga dan penjaja dapat memulakan perniagaan seperti biasa.

Mohd Taufek turut merakamkan penghargaan kepada Mas Midyawan yang prihatin dan turun padang dalam usaha menyelesaikan masalah peniaga dan penjaja ini.

Show More

Related Articles

Back to top button