Aktiviti

Penyelia PH GEM didedah kemahiran asas menulis laporan berita

Membantu penyelia PH GEM mempromosi aktiviti di media sosial

SEREMBAN: Power House Wanita Gemilang (PH GEM) menganjurkan pelbagai program dan kursus untuk memperkasakan golongan wanita dari segi ekonomi dan jati diri di Negeri Sembilan.

Namun, segala usaha yang dilakukan perlu juga dihebahkan kepada umum agar lebih ramai wanita menyertai program anjuran PH GEM pada masa akan datang.

Justeru, PH GEM dengan kerjasama portal Negeri Kita telah menganjurkan bengkel ‘Asas Pelaporan Berita’ untuk semua penyelia PH GEM dari lapan parlimen di Negeri Sembilan.

Bengkel yang dikendalikan oleh Editor Negeri Kita, Faiz Abdullah mengajar penyelia PH GEM kaedah mengumpul maklumat sebelum menulis berita yang efektif tentang program, kursus atau aktiviti PH GEM.

Peserta bengkel turut diajar tips dan teknik merakamkan foto.

Ketua Penyelia PH GEM, Puan B.Navamalar berkata bengkel ini sangat membantu penyelia PH GEM untuk menyediakan laporan ringkas selepas sesebuah program atau bengkel berjaya dianjurkan; seterusnya mempromosikan aktiviti PH GEM di media sosial.

“Selain ia membantu kami menyumbang laporan berita kepada Negeri Kita, ia juga membantu penulisan kami di dalam Facebook PH GEM dengan lebih mantap.

“Banyak perkara baru yang kami belajar pada hari ini.

“Saya berharap semoga ia memberi manfaat kepada semua penyelia PH GEM yang hadir pada hari ini,” kata Navamalar.

Show More

Related Articles

Back to top button