Berita

Perkhidmatan suntikan vaksin untuk individu terlantar di rumah

AMPANGAN: ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek menyeru warga DUN Ampangan, sekiranya ada ahli keluarga mereka yang sakit terlantar di rumah dan masih tidak mendapat vaksin, di minta menghubungi segera Pejabat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

“Insyah Allah, kita akan atur bersama Pejabat Kesihatan Daerah Seremban untuk menghantar pasukan perubatan membuat suntikan vaksin di rumah masing-masing dalam kadar segera.

“Setakat ini, 18 orang pesakit telah divaksin di DUN Ampangan menggunakan kaedah ini. Usaha ini adalah untuk mempercepatkan status imuniti kelompok di DUN Ampangan,” jelas Mohamad Rafie.

Sila hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan di talian 012-306 0333 (Puan Zariah) untuk perkhidmatan vaksinasi di rumah.

Show More

Related Articles

Back to top button