Berita

“Permasalahan di Pangsapuri Taman Bidara akan ditangani dengan sebaiknya,” Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaran dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah mengadakan satu pertemuan dengan Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Taman Bidara berhubung beberapa isu yang membabitkan pihak pengurusan dan penduduk pangsapuri tersebut.

Gunasekaren berkata, beberapa perkara telah disentuh termasuk isu limpahan tangki septik IWK yang sering tersumbat, kerja-kerja penyelenggaraan pangsapuri, kebersihan, kerjasama antara pihak pengurusan dengan penghuni, bayaran, pertanian dan beberapa isu berkaitan yang akan dibawa pada mesyuarat akan datang selepas tempoh PKP.

“Saya juga telah memohon agar maklumat isi rumah setiap penghuni yang melibatkan 175 buah rumah di dua blok ini dikenal pasti terlebih dahulu bagi memudahcara dalam mengurus, membantu dan menyelesaikan isu.

“Perjumpaan akan datang akan diaturkan dengan kehadiran saya sendiri, ahli majlis, Pengerusi Penduduk Taman Bidara, Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Taman Bidara dan penduduk sendiri,” katanya.

Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Taman Bidara diwakili Encik Liew dan Encik Ah Wen.

Gunasekaren juga berkesempatan menghulurkan ‘Duit Raya’ kepada kanak-kanak di pangsapuri Taman Bidara.

Show More

Related Articles

Back to top button