Aktiviti

Permasalahan infrastruktur di Tanjung Ipoh dapat perhatian Shahran

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah telah mengadakan program lawatan di kawasan MPKK Tanjung Ipoh untuk meninjau permasalahan infrastruktur.

Shahran mendapati penutup longkang di kawasan deretan kedai di Tanjung Ipoh telah pecah dan perlu diganti.

“Berhadapan dengan bangunan kedainya pula terdapat peniaga tempatan yang membuka gerai. Kawasan tapak gerai tersebut akan dinaik taraf dengan permukaan bertar.

“Di kawasan pejalan kaki di bahu jalan ke arah Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris, terdapat penutup longkang yang telah pecah dan boleh membahayakan pejalan kaki.

“Saya mencadangkan laluan pejalan kaki ini dinaik taraf dan memasang pagar railing demi keselamatan pelajar,” kata Shahran.

Shahran berkata beliau akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Kuala Parit, Encik Ali Mat; Pengerusi MPKK Kampung Tanjung Ipoh, Zainuddin dan Pengerusi MPKK Kampung Ibol, Mohd Razali Abdul Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button