Berita

Permasalahan rakyat DUN Linggi dapat perhatian Rusli

Permohonan pembinaan longkang konkrit, lampu jalan dan jalan baru

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata beberapa permasalahan rakyat di DUN Linggi yang diadu kepada beliau, sedang ditangani oleh beliau mengikut saluran yang sewajarnya.

“Penduduk Kampung Telok Pelandok memohon pembinaan longkang konkrit di Taman Harum Manis selain pemasangan lampu jalan di Batu 11 dan pembinaan jalan baru ke pantai di kampung tersebut.

“Terdapat sebuah rumah yang bumbungnya perlu dibaikpulih.

“Semua permohonan ini akan diproses dan akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

“Saya berharap penduduk bersabar sehingga permohonan diluluskan,” kata Rusli selepas melawat lokasi permasalahan bersama Pengerusi MPKK Kampung Telok Pelandok.

Dalam kesempatan itu Rusli juga menziarahi Pengerusi MPKK Kampung Telok, Tok Alias yang terkena tendangan lembu yang hendak dikorbankan di Masjid Pasir Panjang baru-baru ini.

 

“Kaki beliau disimen dan saya telah menyumbangkan tongkat bagi membantu beliau berjalan.

“Bersama Pengerusi MPKK Kampung Linggi, saya juga menziarahi seorang warga emas yang kurang sihat serta menyumbangkan sebuah kerusi roda dan juga barangan dapur untuk meringankan beban beliau,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button