Aktiviti

Persatuan Malayali terima sumbangan kewangan dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan Malayali.

Saiful berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu persatuan mengadakan program sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka menjalankan program tersebut.

“Saya berharap agar program tersebut berjalan dengan lancar,” kata Saiful.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Persatuan Malayali, Encik Krisnan Kunchiram Puduar.

Show More

Related Articles

Back to top button