BeritaMenarik

Rajasekaran mohon pra-sekolah diperluaskan di Port Dickson

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dr.G.Rajasekaran memohon Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson memperluaskan pendidikan pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Parlimen Port Dickson.

Rajasekaran berkata, isu pendidikan perlu dilihat secara holistik bermula dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

“Ramai kanak-kanak terkandas persekolahan akibat masalah kewangan.

“Pada peringkat awal sistem pendidikan perlu mengetahui tahap penguasaan 3M iaitu membaca, mengira dan menulis bagi mengelak ‘Low Inferior Complex’ dan gagal menguasai literasi, numerasi dan menguasai huruf serta angka.

“Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pra-Sekolah boleh dijalankan kerana sekolah mempunyai guru dan infrastruktur sedia ada serta sedikit suntikan bantuan kerajaan MADANI mampu merealisikan Pra-Sekolah di SK, SJKC dan SJKT,” ujarnya.

Rajasekaren berkata demikian kepada Negeri Kita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, Mohd Zaidi Mohd Mustapa.

“Untuk makluman, pada masa kini pendidikan pra-sekolah telah dilaksana di 16 SK, lima SJKC dan tiga SJKT di Parlimen Port Dickson.

“Pendidikan pra-sekolah perlu dilaksana di lebih banyak sekolah SK, SJKC dan SJKT,” kata Rajasekaran.

Show More

Related Articles

Back to top button