Berita

Pertandingan Catur Piala ERAT N9 pupuk semangat perpaduan

TEMIANG: Pertandingan Catur Piala ERAT N9 Negeri Sembilan 2020 secara online anjuran Persatuan XiangQi Negeri Sembilan, Persatuan Muafakat Negeri Sembilan dan Kelab Belia Cemerlang Temiang telah mendapat sambutan dan penyertaan dari peserta berbilang kaum.

ADUN Temiang, YB Ng Chin Tsai berkata, Pertandingan Catur Piala Erat N9 Negeri Sembilan 2020 telah berjaya dijalankan pada bulan Disember 2020.

“Pertandingan ini adalah untuk mempromosikan sukan catur kepada semua etnik kaum dan bertepatan dengan tujuan penubuhan dana Erat N9.

“Sejak wabak Covid-19 meletus dan berterusan, ia telah menjejaskan kehidupan asal orang dan mereka harus menyesuaikan diri untuk terus hidup di bawah norma baru.

“Pertandingan diadakan dengan menggunakan aplikasi zoom dan mematuhi SOP yang ditetapkan,” kata Ng.

Ng berharap lebih banyak persatuan menganjurkan aktiviti seperti ini untuk mempromosikan semangat perpaduan dan keharmonian semua etnik di Negeri Sembilan.

“Tujuan utama mengadakan pertandingan ini adalah untuk memperkenalkan permainan catur ini secara meluas kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.

“Catur bukan sahaja diminati oleh kaum Cina, bahkan ia semakin mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kaum Melayu dan India,” jelas beliau.

Ng juga mengucapkan terima kasih kepada Exco Perpaduan, Penerangan dan Intergrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa yang mempertimbangkan dan meluluskan peruntukan untuk penganjuran pertandingan catur ini.

Choo berkata, sebanyak RM500,000 telah diperuntukan untuk ERAT N9 oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada tahun 2020.

“ERAT N9 diperkenalkan kepada pelbagai badan bukan kerajaan dan persatuan untuk mengadakan program sosial yang melibatkan semua etnik kaum dan seterusnya mengukuhkan lagi semangat perpaduan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button