Berita

Pertandingan ‘Kibar Bendera Kreatif’ dapat sambutan penduduk Chembong

CHEMBONG: Pejabat Penyelaras DUN Chembong telah menganjurkan pertandingan ‘Kibar Bendera Kreatif’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, bermula 17 Ogos dan berakhir 14 September 2021.

Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim berkata, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu hiasan rumah kreatif sebanyak 23 penyertaan, hiasan basikal/motosikal kreatif sebanyak 10 penyertaan dan hiasan masjid/balai raya kreatif sebanyak empat penyertaan.

“Pemenang bagi kategori rumah kreatif, tempat pertama hingga tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai dan hamper, manakala 20 hadiah saguhati berbentuk hamper.

“Bagi kategori basikal/motosikal kreatif, tempat pertama hingga tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai dan kereta kawalan jauh serta tujuh hadiah saguhati berupa kereta kawalan jauh.

“Manakala pemenang kategori masjid/balairaya turut membawa pulang hadiah wang tunai dan hamper untuk kesemua peserta.

“Saya berharap dengan penganjuran pertandingan seperti ini, semangat cintakan Malaysia dapat dipupuk di dalam hati,” kata Nasarudin di majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di pejabatnya.

Show More

Related Articles

Back to top button