Berita

Pertang: 80 keluarga asnaf disantuni Zainal

PERTANG: Program Ziarah Sejahtera Pertang merupakan aktiviti menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan yang diadakan setiap bulan oleh Pejabat Penyelaras DUN Pertang.

Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abdul Kadir berkata, sepanjang bulan Mac, seramai 80 keluarga asnaf di DUN Pertang telah disantuni.

“Antara golongan yang mendapat perhatian ialah mereka yang kurang berkemampuan, mereka yang kurang sihat termasuk beberapa penduduk yang menghidapi kanser seperti kanser limfoma dan kanser darah serta mereka yang sudah uzur termasuk mereka yang dikuarantin akibat Covid-19,” ujarnya.

Zainal berkata, 80 keluarga terbabit menerima pelbagai jenis bantuan mengikut merit kes dan ini termasuk bantuan kewangan, barangan keperluan dapur dan lampin pakai buang.

“Saya juga sempat melawat beberapa kelahiran baru termasuk bayi kembar yang comel di Kampung Jerang.

“Saya telah menyumbang barangan makanan asas, bantuan kewangan dan lampin pakai buang.

“Saya juga menziarahi mereka yang kehilangan ahli keluarga dan menyampaikan sumbangan khairat kematian.

“Program Ziarah Sejahtera Pertang ini akan diteruskan secara berkala setiap bulan dengan penglibatan semua 11 MPKK di DUN Pertang,” kata Zainal.

Show More

Related Articles

Back to top button