Aktiviti

Pertang: Zainal sumbang RM14 ribu kepada masjid sempena Ramadhan

PERTANG: Sempena sambutan Ramadhan, Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abdul Kadir telah menyumbang bantuan kewangan berjumlah RM 14,000 kepada 10 buah masjid dan lapan buah surau di DUN Pertang.

“Alhamdulillah, program ‘Rapatkan Saf Ramadhan DUN Pertang’ telah menyatukan kesemua pengerusi masjid, penyelaras surau dan semua MPKK di DUN Pertang.

“Program seperti ini sangat penting dalam membentuk sahsiah dan mengeratkan ukhuwah di kalangan pemimpin-pemimpin akar umbi.

“Ketepikan perbezaan pendapat dan fahaman dalam menjalankan khidmat kepada masyarakat.

“Jaga etika sebagai seorang pemimpin dan menunjukkan contoh yang baik supaya masyarakat akan menghormati dan menjaga martabat seorang pemimpin yang telah dipilih”, kata Zainal Fikri dalam ucapannya.

Zainal Fikri turut menyumbang buah kurma dan kitab Al-Mathurat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button