Berita

Dua individu terima geran hak milik kekal dari Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menyampaikan geran hak milik kekal kediaman kepada Encik Mohd Nizar Muhamed dan Encik Mohammad Arif Ludin.

Siti Aishah berkata, permohonan dua individu tersebut untuk menukar hak milik tanah kepada hak milik kekal telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

“Tahniah kepada Encik Mohd Nizar dan Encik Mohammad Arif kerana berjaya mendapat kelulusan ini,” kata Siti Aishah.

Penukaran hak milik kediaman daripada hak milik pajakan (leasehold) kepada hak milik kekal (freehold) merupakan salah satu daripada tawaran dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berjaya dilaksanakan.

Geran tersebut diberikan di Pejabat Penyelaras DUN Gemas.

Show More

Related Articles

Back to top button