Aktiviti

Pesakit asma Adik Nurrawdha Hairischa dapat perhatian Nasarudin

CHEMBONG: Seorang pesakit asma, Adik Nurrawdha Hairischa Mohamad Hafiz, 10, dari Taman Pinggiran Pedas dapat perhatian Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim.

Nasarudin berkata, selain asma, Nurrawdha Hairischa turut menghidapi masalah tidak tahan pada cuaca panas.

“Apabila berada dalam cuaca panas yang berlebihan, kaki, tangan dan badan beliau akan berpeluh. Adik Nurrawdha Hairischa juga alah kepada ubat-ubatan dan kerap muntah.

“Adik Nurrawdha Hairischa sedang menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dengan kaedah rawatan rendaman tangan dan kaki dalam air dengan aliran elektrik yang sesuai .

“Anak ini perlu menjalanai rawatan sebanyak 20 kali secara berkala dan setiap sesi rawatan akan mengambil masa selama 80 minit,” katanya.

Nasarudin menyampaikan sumbangan kewangan kepada bapa kanak-kanak ini, Encik Mohamad Hafiz.

“Saya berharap sumbangan ini akan meringankan beban perbelanjaan perubatan kanak-kanak ini.

“Saya juga akan memanjangkan kes Adik Nurrawdha Hairischa kepada agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button