Aktiviti

Pesakit buah pinggang dapat perhatian Nasarudin

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menziarahi seorang pesakit buah pinggang, Puan Shida, 50, di Taman Sedia Raja.

“Puan Shida menghidapi penyakit buah pinggang bernanah dan batu karang.

“Saya menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada keluarga beliau.

“Semoga Puan Shida diberi kesembuhan dan diharapkan sumbangan ini meringankan beban beliau sekeluarga,” kata Nasarudin.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Air Hitam, Encik Redzuan dan Pengerusi KRT Taman Sedia Raja, Encik Ramli.

Show More

Related Articles

Back to top button