Berita

Pesakit buah pinggang dapat perhatian Shahran

SERI MENANTI: Seorang pesakit buah pinggang, Puan Zainab Othman dari Kampung Talang Tengah; disantuni Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Shahran berkata, keadaan Puan Zainab kini sangat lemah dan tidak boleh bergerak akibat komplikasi buah pinggang.

“Insyah Allah dalam masa terdekat, saya akan menyumbang sebuah katil mudah alih kepada beliau.

“Bagi meringankan beban beliau, saya telah menyumbang bantuan kewangan kepada Puan Zainab.

“Semoga beliau sembuh dengan segera seperti sedia kala,” ujar Shahran.

Shahran juga telah meninjau keadaan tebing runtuh di hadapan rumah beliau, akibat hujan yang berterusan baru-baru ini.

“Aduan tanah runtuh akan disalurkan kepada Pejabat Daerah Kuala Pilah untuk tindakan segera,” katanya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Talang Tengah, Encik Azman Abd Malik Chiew dan Pengerusi MPKK Kampung Kuala Talang, Encik Rosli Amir.

Show More

Related Articles

Back to top button