Aktiviti

Pesakit buah pinggang disantuni Timbalan Speaker

Menerima sumbangan RM100 dan dua kotak lampin setiap bulan

PORT DICKSON: Nasib seorang pesakit buah pinggang, Puan Zalifah Ibrahim dari Batu 2, Jalan Seremban – Port Dickson mendapat perhatian Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ravi Munusamy.

Zalifah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak. Beliau tidak bekerja dan perlu menjalani rawatan dialisis.

“Zalifah menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 dan tiga pek lampin pakai buang setiap bulan daripada saya.

“Saya membantu beliau setiap bulan. Adalah diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau,” kata Ravi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close