Berita

Pesakit buah pinggang terima sumbangan kewangan dari Musliadi

JERAM PADANG: Seorang pesakit buah pinggang dari Kampung Orang Asli Sungai Raya dekat sini mendapat perhatian Penyelaras DUN Jeram Padang.

“Selepas mendapat maklumat, saya terus ke perkampungan Orang Asal tersebut.

“Saya dimaklumkan oleh isteri pesakit tersebut, Puan Rumi Mahadi bawah suaminya sakit buah pinggang tahap empat dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah .

“Pasangan ini mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Puan Rumi memohon sumbangan dalam bentuk kewangan untuk menanggung tambang pengangkutan bagi melawat suami beliau.

“Saya berharap bantuan ini meringankan beban beliau dan saya mendoakan semoga keluarga ini dipermudahkan segala urusan,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button