Aktiviti

Pesakit Covid-19 terlantar dapat perhatian Rahman

SERTING: Kesulitan hidup seorang pesakit terlantar Puan Noor Shahfaeruza Mohd Shafi, 33, mendapat perhatian Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli.

Abd Rahman menyumbang sebuah kerusi roda dan bekalan lampin pakai buang kepada Noor Shahfaeruza di Felda Raja Alias 4 di sini.

Abd Rahman berkata, Puan Noor Shahfaeruza dijangkiti Covid-19 tahap 5 dan ‘ditidurkan’ selama 14 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas paras oksigen menurun dan paru-paru dijangkiti virus itu.

“Bagaimanapun, selepas dirawat beliau disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Namun keadaan beliau agak lemah dan tidak mampu berdiri dan berjalan, hanya terlantar atas katil dan terpaksa pakai lampin pakai buang.

“Diharapkan sumbangan kerusi roda dan lampin pakai buang ini dapat membantu suaminya menguruskan rutin harian Noor Shahfaeruza,” katanya.

Suaminya Encik Wan, 36 mengucapkan terima kasih kepada Abd Rahman di atas sumbangan kerusi roda dan lampin pakai buang kepada isterinya.

“Suasana pandemik Covid-19 ini bagaikan di medan perang apabila kita melihat ramai anak menjadi yatim piatu, anak kehilangan ibu dan isteri kehilangan suami kerana Covid-19.

“Justeru, saya menasihatkan kepada orang ramai supaya menjaga diri dan mematuhi SOP yang ditetapkan untuk sama-sama memerangi Covid-19 ini,” ujar Abd Rahman lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button