Aktiviti

Pesakit Gout dan penyakit misteri dapat perhatian Nasarudin

CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim menziarahi dan menyerahkan sumbangan sebuah kerusi roda dan kerusi tandas cangkung kepada seorang pesakit Gout kronik.

Nasarudin berkata, Abu Gapor Itam, 74, dari Kampung Seberang Batu Hampar, menghidapi penyakit Gout kronik yang menyebabkan kedua-dua belah kaki membengkak.

“Beliau juga seorang pesakit asma. Abu Gapor tinggal bersama isterinya Rokiah Alias, 64.

“Rokiah juga menghidapi sejenis penyakit gatal badan yang diklasifikasi sebagai penyakit misteri.

“Apabila badannya berasa gatal, Rokiah akan nampak benda seakan-akan ulat yang keluar dari kuku beliau.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh Abu Gapor,” katanya.

Menurut Nasarudin, segala masalah yang dihadapi oleh Abu Gapor telah dimajukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak Baitumal.

“Ini ialah kerana Abu Gapor memerlukan rawatan secara berkala dan perlu menjalani dua pembedahan tidak lama lagi

“Semoga Abu Gapor dan Rokiah diberi kekuatan dan ketabahan bagi menempuh hari-hari mendatang,” ujarnya.

Turut bersama dalam lawatan ini, Pengerusi MPKK Kampung Seberang Batu Hampar,  Encik Mohd Fazriq Razali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button