Aktiviti

Pesakit Gout terima kerusi roda dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu meyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit Gout di Felda Bukit Rokan Barat.

“Encik Zul Akhmal Azmi, menghidapi penyakit Gout dan amat memerlukan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

“Semoga dengan adanya kerusi roda ini ianya memudahkan pergerakan beliau,” kata Musliadi.

Sementara itu, Musliadi turut menyumbang sebuah katil boleh laras kepada seorang warga emas, Encik Ahamad Ismail dari Felda Palong 1

“Ahamad mengalami keretakan tulang pinggul setelah terjatuh baru-baru ini.

“Katil boleh laras ini diharapkan dapat memudahkan pergerakan dan beri keselesaan kepada beliau,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button