Aktiviti
Pesakit jangkitan kuman di kaki terima sumbangan kewangan dari Saiful


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Shahrin.
Saiful berkata, Encik Shahrin menghidapi penyakit jangkitan kuman di kaki kiri beliau.
“Sumbangan beg makanan juga diberikan kepada beliau.
“Saya berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat membantu Encik Shahrin dan keluarganya.
“Semoga beliau cepat sembuh seperti sediakala,” kata Saiful Bahri.