Menarik

Pesakit jangkitan kuman paru-paru terima sumbangan kewangan dari Saiful

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah memberi sumbangan kewangan kepada Puan Siti Aminah Hasan di Kampung Baru Air Hitam.

Saiful berkata, Puan Siti Aminah menghidap sakit saraf dan jangkitan kuman di paru-paru beliau.

“Saya juga telah memberikan sumbangan beg makanan kepada beliau.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban beliau.

“Terima kasih kepada Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Hitam, Encik Fazlin kerana membantu menyelaraskan sumbangan ini,” kata Saiful.

Show More

Related Articles

Back to top button