Berita

Pesakit jangkitan paru-paru terima katil mudah alih dari Musliadi

JERAM PADANG: Seorang pesakit jangkitan paru-paru, Encik Abu Husain dari Kampung Baru Rompin menerima sebuah katil mudah alih dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Musliadi Sabtu.

“Penyakit jangkitan paru-paru ini menyebabkan kesihatan Encik Abu merosot dan pergerakan beliau terbatas.

“Saya mendoakan semoga beliau diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Semoga bantuan yang diberikan ini dapat memudahkan urusan penjagaan oleh ahli keluarganya,” ujar Musliadi.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Rompin, Encik Zainil.

Show More

Related Articles

Back to top button