Berita

Tuanku Ampuan Najihah mangkat

SEREMBAN: Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah telah mangkat pada jam 6:53 pagi tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohd Zafir Ibrahim berkata, jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti selepas Asar.

“Oleh itu, tempoh berkabung bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalan selama satu hari iaitu hari ini 8 September.

“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.

“Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dalam tempoh hari perkabungan,” kata Mohd Zafir.

Show More

Related Articles

Back to top button