Berita

Pesakit jantung cilik dapat perhatian Menteri Besar dan Isteri

Sumbangan kewangan dihulur dan alat bantuan pernafasan dibaikpulih

SEREMBAN: Nasib seorang kanak-kanak, Adik Durrani Iman Mohd Fairus yang menghidapi penyakit jantung mendapat perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan isterinya YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Aminuddin dan Wan Hasni yang merupakan Yang DiPertua Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (BAKRIYAH), telah menziarahi adik Durrani Iman di Kuarters Kakitangan Loji Air Empangan Sungai Terip Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

“Adik Duranni Iman telah disahkan menghidapi penyakit jantung oleh pihak hospital sejak kelahiran beliau.

“Disebabkan penyakit tersebut, beliau terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir 24 jam sehari bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” kata Aminuddin.

Menyedari kesukaran yang dihadapi oleh ibubapa Adik Durrani Iman, Wan Hasni telah menyerahkan sumbangan kewangan serta alat bantuan pernafasan yang telah dibaikpulih menggunakan dana daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Mohd Fairuz dan keluarganya,” kata Wan Hasni.

Encik Mohd Fairus, bapa kepada Nurrani Iman merupakan salah seorang kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Untuk makluman, adik Duranni Iman juga perlu ke Hospital Serdang setiap tiga bulan sekali dan Institut Jantung Negara (IJN) setahun sekali bagi mendapatkan bekalan ubat serta melakukan pemeriksaan kesihatan.

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button